Friday, October 19, 2012

Jawatan kosong DI Malaysian cohort Oktober 2012

Tags


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT N27

Tarikh Iklan : 15 Oktober 2012 hingga 27 Oktober 2012

Kekosongan : 1

Taraf jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :
  • Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;(Gaji permulaan : RM1,361.14); atau
  • Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan : RM1,661.95); dan
  • Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

  • Syarat Tambahan :
    • Berperwatakan dan berketrampilan menarik
    • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri dengan baik
    • Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan
    • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan

    • Deskripsi Tugas :

      Antara tugasannya ialah

      a) Pengurusan Surat-Menyurat/Fail/Emel rasmi Ketua

      b) Pengurusan Mesyuarat (aktiviti sebelum , semasa dan selepas mesyuarat)

      c) Pentadbiran Pejabat
      Urusan diari/kalendar dan mengawal selia jadual Ketua
      Urusan pencarian maklumat (tempahan hotel, tiket kapalterbang dan tempahan kenderaan untuk perjalanan)

      d) Pengurusan Kewangan

      e) Perhubungan Awam
      Mengendalikan panggilan telefon Ketua
      Melayani tetamu Ketua

      f) Bersedia menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke semasa

      Nota : Kakitangan berjaya akan dibayar gaji pokok sahaja terlebih dahulu. Pembayaran elaun-elaun di bawah hanya dibuat selepas minimum 3 bulan berkhidmat
      ITP : RM180.00
      ITKA : RM160.00
      BSH : RM300.00
      Elaun Pembantu Khas : RM190.00

      Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan.

      Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikemukakan bersama dengan 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan berserta resume lengkap melalui e-mel kepada afifah_aa@yahoo.com atau secara pos ke alamat berikut:

      Sekretariat The Malaysian Cohort
      Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
      Tingkat 7, Blok Klinikal
      Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
      Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
      56000 Cheras, Kuala Lumpur
      (u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

      Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Afifah di talian 03-91710415/ faks 03-91710397

      ** Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga

      Borang Permohonan sila klik sini

      sumber iklan : http://mycohort.gov.my/web/vacancies/215.html