Wednesday, October 10, 2012

Jawatan Kosong Temuduga Terbuka Di KTMB Oktober 2012

Tags


Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Keretapi Tanah Melayu Berhad

1. PEMBANTU TRAFIK (LELAKI SAHAJA)

Kelayakan

  • Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB

  • Spesifikasi Tugas

    • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
    • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
    • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di stesen;
    • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
    • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
    • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

    • Tarikh

      10 Oktober 2012 – 11 Oktober 2012
      Lokasi
      Bilik   Impiana, Aras 2
      Stesen KTMB,   KL Sentral
      (berhampiran   kaunter tiket tren Antarabandar

      Masa Pendaftaran
      9:00 pagi hingga 1:00 petang

      Pakaian
      Calon   hendaklah berpakaian kemas dan sopan.
      Seluar   ‘jeans’ dan baju T tidak dibenarkan

      Dokumen yang diperlukan
      (Sila bawa bersama)
      - Kad   pengenalan
      - Sijil-sijil   asal persekolahan
      - 1 salinan   fotostat kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan
      - Gambar   berukuran passport

       Sumerb iklan : http://www.ktmb.com.my