Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) bagi tempoh satu (1) tahun secara Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) di Lembaga Pelabuhan Bintulu.
1. Penolong Akauntan
2. Pembantu Tadbir Kewangan
3. Pembantu Am Pejabat
Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan LPB yang boleh didapati di:-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lembaga Pelabuhan Bintulu,
Aras 9, Menara Kidurong,
Jln. Tg. Kidurong, 97007 Bintulu.
Atau di Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Bintulu di www.bpa.gov.my
Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Menara Kidurong, Jln. Tg. Kidurong
97007 Bintulu.