Tuesday, October 16, 2012

Jawatan Kosong Di LKTN Oktober 2012

Tags


Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27 (4 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (6 Kekosongan)
3. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 (1 Kekosongan)
4. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Gred N17 (1 Kekosongan)
5. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17 (10 Kekosongan)
6. Pemandu Kenderaan Gred R3 (2 Kekosongan)

Maklumat terperinci mengenai iklan boleh dirujuk di Laman Web Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) iaitu http://www.lktn.gov.my

Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Peti Surat 198, 15720 Kota Bharu, Kelantan atau dalam Laman Web LKTN.


Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Pengarah
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Peti Surat 198, Kubang Kerian
15720, Kota Bharu Kelantan.
(u.p. : Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan sebelum atau pada 28 Oktober 2012 (Ahad). Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau lewat diterima tidak akan dilayan. Sekiranya tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.