Tuesday, December 27, 2011

AUKU dan Kebebasan Akademik

Tags

DIALOG Orang Muda (DOM): AUKU dan Kebebasan Akademik: Pro dan Kontra akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 31 Disember ini, jam 10 pagi. 
Ahli Jawatankuasa Biro Penulis Muda PENA, Muhammad Lutfi Ishak, berkata DOM bakal menyorot sejarah, realiti dan masa depan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta kaitannya dengan kebebasan akademik di negara ini berdasarkan perspektif generasi baru.


“Isu penting itu bakal dibincangkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohd Farid Zuhri Ismail dan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Undang-undang) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail.
“Panel lain ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab dan Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM), Asyraf Isyraqi Jamil, manakala moderatornya ialah penulis muda, penulis kreatif, Hazwani Rameli,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini. 

Muhammad Lutfi berkata, peserta DOM juga boleh mengikuti Borak Buku dengan Datuk Baharuddin Zainal yang akan diadakan di Coffee Bean, KL Sentral, Kuala Lumpur, pada hari yang sama, jam 3.30 petang. 

“Mantan Presiden PENA dan penerima Anugerah Tokoh Pena 2011 itu yang lebih dikenali sebagai Baha Zain akan berkongsi buku pilihannya, Right, Freedoms and Civil Society oleh KJ Ratnam. 

“Borak buku itu diadakan secara santai sambil menikmati minuman yang turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan lebih selesa dengan Baha,” katanya. 
DOM acara bulanan anjuran Biro Penulis Muda PENA yang mendapat kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), manakala maklumat lanjut hubungi Muhammad Lutfi di talian 013-2650876. 
(sumber dari sini)