Sunday, December 11, 2011

Tips meransang minda bayi - Part1

Tags

Hye guys, Tadi dok tengok2 dalam grup pesbuk tatapanminda, so terjumpa la artikel pasal ni. Tips meransang minda bayi, so kepada sesape yang dah ada anak, boleh la cuba gunakan semua tips dibawah ni. Sekadar berkongsi info. selamat membaca.

Sumber Dari Sini
1. BERTENTANG MATA. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. 
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah berupa wajah keliru dan hairan namun cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap perbualan anda dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. 
Susukanlah bayi anda selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang menyusu badan semasa bayi tahap perkembangan IQ mereka adalah lebih tinggi.Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.


4. JELIRKAN LIDAH. 
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG. 
Sekali-sekala bawalah anak anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang atau cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. 
Geleteklah keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. 
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN. 
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. 
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. 
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.