Wednesday, December 7, 2011

Tatacara Pemilihan Nama Emel Anda

Tags

Hye guys,
Lunch hour now,huhu.. tak tau nk tulis ape, so back to the beginning. Amaran, ini adalah entri berbentuk tutorial, agak membosankan. erm, ni kot pestime aku tulis entri camni, selalunye aku cite pasal life aku, pasal berita2 menarik, tapi kali ni aku bg tunjuk ajar skit, walopon aku xberapa nk pandai sangat nk mengajar camne.

Berbalik kepada tajuk diatas, tatacara pemilihan nama emel anda,Tapi, apakah emel, anda tahu x? yer, emel adalah salah satu cara untuk menghantar surat, dengan kata lain, emel ini adalah surat elektronik, dan ia memudahkan urusan anda sebab anda dapat hantar fail juge dalam tu. senang kan, dengan ada nya teknologi, segalanya mungkin. Yes, semua orang ada emel kot, kalo xde emel tu, aku xtau le camne gamaknye orang tu. lain la kalo anda sudah tua dan tiada kepetingan untuk menggunakan emel, namun bagi golongan muda mudi di alaf baru ini, opkos semua ada emel kan. tapi, tahukah anda, kenapa emel anda adalah begitu. 

sebagai contoh, nama anda adalah ali. nama emel anda: sayakacak@yahoo.com atau sebagainya yang tiada kait mengait dengan nama anda, pernahkah anda terpikir kenapa emel anda begitu. seelok-eloknya, nama emel haruslah bertepatan dengan nama anda. Jika anda katakan bahawa anda tidak dapat menamakan emel anda ali@yahoo.com, sebab orang lain dah amik nama tu, mungkin anda boleh gunakan ali_88@yahoo.com atau sebagainya. biarlah emel anda nampak releven dengan nama anda dan tidak mengarut.

Kenapa hal ini penting?, yer, iyer memang penting sebab jika anda hanya buat emel hanya untuk kegunaan facebook, twitter, myspace dan segala sosialnetworking, itu ok la, memang xde effek pon pada anda. Tapi cuba anda fikirkan, jika emel tersebut anda gunakan untuk mencari pekerjaan, maklum la kan, dunia alam maya ni semua gunekan IT, mintak kerje pon anta resume je, nk anta resume opkos la pakai emel. So, anda pon pung pang anta emel kat syarikat tersebut, dan admin syarikat tersebut pon buka la emel dia, cek cek, ada la emel dari sayakacak@yahoo.com.

Cube anda fikirkan, apakah penilaian pertama admin syarikat tersebut terhadap anda hanya melalui nama emel anda. so bagi saya, biarlah nama emel anda tidak pelik, kalau nk guna nama samaran pon xkisah la, itu hak anda, tetapi jangan terlampau merapu sangat sampai gunakan nama sayakacak, kucinghitam,gagakmerah,pinkflamingo dan sebagainya. semua ini akan memberikan efek kepada anda, melainkan anda suka membuat emel sebanyak 18 emel dan menggunakan kesemua emel berkenaan.

oleh itu, akhir pesanan saya, berhati2 semasa membuat emel dan menamakan emel anda, dan juga sila gunakan nama emel yang agak profesional untuk membuat permohonan kerja. sekian saja dari saya.

1 comments so far

wak pon ade banyak email jugakk... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........