Sunday, December 11, 2011

Musim Cuti Sekolah, Jom Berkhatan

Tags

Hye kepada semua pembaca,
Haa, sekarang ni dah masuk minggu ke 3 cuti sekolah, dah lama jugak la kan cuti sekolah ni. Kepada adik2 yang sedang bercuti, mesti seronok kan. Jadi, apa pengisian sempena cuti sekolah tahun ni?, mungkin ada yang pergi melancong ke mane2, mungkin ada yang dok kat umah je, mungkin juga ada yang tengok TV je. Namun, tahukah anda, Cuti Sekolah adalah Sinonim dengan satu perkataan iaitu Berkhatan. Anda tahu berkhatan tu ape?, Bagi kanak-kanak lelaki islam, selepas berkhatan, mereka selangkah ke alam dewasa. 
Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, kemeriahan sesuatu majlis itu bergantung kepada kemampuan dan kehendak seseorang serta kebiasaan masyarakat setempat. Majlis kenduri sempena berkhatan selalunya dibuat serentak dengan majlis perkahwinan. Ini untuk menjimatkan belanja dan kerja. Telah menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara beramai-ramai, iaitu 2-10 orang yang terdiri daripada kaum keluarga ataupun saudara-mara.


Menurut kepercayaan dan adat orang Melayu, jika kanak-kanak tidak khatam al-Quran, kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu. Oleh itu, seboleh mungkin, upacara mengkhatam al-Quran turut diadakan. Upacara berkhatam al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan. Pada sebelah petang atau malam sebelumnya, kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian baru. Keesokannya upacara khatam al-Quran akan dijalankan. Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak dikhatankan itu. Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa makan adap-adapan itu. Kini berkhatan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau klinik swasta. Tetapi berkhatan secara tradisional memerlukan seorang mudin.


Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan.

Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya.
1. Menjauhkan tebiat kencing malam.
2. Mendatangkan kebersihan.
3. Mengawasi kesihatan.


Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya.
1. Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain.
2. Sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya.
3. Berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah.
4. Menyumpurnakan tuntutan syarak.