Friday, December 16, 2011

Semakan Keputusan GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

Tags

Hari ini, tanggal 16 Disember 2011, Seluruh warga GSTT telah diberikan perkhabaran gembira setelah hampir 3 bulan menunggu keputusan semakan dokumen yang telah dilaksanakan pada bulan Oktober lalu. Pelbagai spekulasi dan khabar angin yang didengari sebelum ini telah terjawap dan semakan keputusan akan dapat disemak mulai 19 Dis 2011 ini melalui portal KPM. 
Menurut hebahan portal facebook KPM, Sukacita dimaklumkan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuka talian semakan keputusan GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011 melalui portal rasmi, http://www.moe.gov.my/ bermula 19 Disember 2011. Ini adalah berita yang sangat dinantikan oleh semua GSTT di Malaysia selepas kesemua proses semakan dokumen selesai dilaksanakan. Para GSTT yang berjaya berkemungkinan akan ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan melalui program KPLI ataupun DPLI. 

Kepada pembaca diluar sana yang belum mengetahui apakah itu GSTT, kat sini saya akan kongsikan apakah GSTT yang hangat dan berita-berita mengenai GSTT sering dipaparkan di muka-muka depan akhbar dinegara kita ini. GSTT adalah singkatan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), GSTT adalah berbeza dengan guru ganti. GSTT ini adalah penjawat awam yang berkhidmat dengan KPM ataupun JPN di sesebuah negeri secara kontrak samada Contract of Service (COS) atau pun Contract For Service (CFS). Kedua-dua kontrak ini mempunyai perbezaan, antaranya ialah Contract of Service (COS), dimana seseorang GSTT itu akan menerima gaji berserta dengan elaun, kecuali elaun perumahan dan mempunyai potongan KWSP. Manakala Contract For Service (CFS), menerima gaji sahaja tanpa elaun dan juga tanpa potongan KWSP. Ini adalah perbezaan antara Contrack of Service (COS) dan juga Contract For Service (CFS). Namun kedua-dua jawatan ini adalah digelar penjawat awam, tetapi ianya berstatus kontrak.

Jadi, kenapa GSTT diwujudkan. GSTT diwujudkan adalah untuk menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah pedalaman. Sejak dari memohon untuk menjadi GSTT, seseorang itu sudah tahu bahawa GSTT adalah berstatus kontrak untuk menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah. Jadi, bila GSTT telah melalui proses temuduga dan seterusnya ditawarkan untuk menjadi GSTT, mereka telah tahu bahawa mereka berstatus kontrak. Didalam surat tawaran GSTT pon telah dinyatakan bahawa GSTT adalah berstatus kontrak dan perkhidmatan mereka akan ditamatkan apabila seseorang guru terlatih dihantar untuk bertugas di sekolah berkenaan. Dengan kata lain, GSTT ini dengan rela hati walaupun berat terpaksa meninggalkan alam persekolahan.

Jadi, Pada awal tahun lalu, Timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran telah memaklumkan untuk menyerap GSTT yang mempunyai syarat yang cukup ke jawatan tetap. Bukan mudah untuk menyerap GSTT, mereka perlu melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KPM. Jadi, disinilah timbulnya isu GSTT yang semakin hangat diperkatakan samada di akhbar, media massa, mahupun melalui mulut ke mulut. Kenapa isu ini timbul, adakah tidak layak untuk GSTT menjadi guru tetap. Sedangkan program KPLI dan DPLI yang dijalankan sebelum ini juga memilih calon yang bukan dari golongan siswazah pendidikan, jadi apa salahnya KPLI dan DPLI kali ini diberikan kepada golongan GSTT yang sedia maklum mempunyai pengalaman kerja di sekolah bertahun-tahun lamanya, adakah ini satu permasalahan yang besar?.

Daripada petikan akhbar, media massa yang lain, golongan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) menuntut hak untuk diberikan jaminan penempatan oleh KPM, ini adalah satu perjuangan pihak ISMP untuk menuntuk hak penempatan bagi mereka, tetapi bagi saya, jangan lah menyalahkan GSTT dan mengatakan bahawa GSTT merampas hak mereka untuk diberikan jaminan penempatan. GSTT hanya akan diserap apabila menyambung pelajaran dalam program KPLI dan DPLI selama 18 bulan. Selama ini, GSTT lah yang menampung kekurangan guru di sekolah-sekolah semasa graduan ISMP ini belajar selama 4 tahun di universiti. Jadi, sekarang, jika GSTT ditawarkan untuk menyambung pelajaran, saya rasa terlalu banyak kekosongan di sekolah yang dapat diisi oleh graduan ISMP. GSTT tidak merampas hak ISMP, GSTT hanya meminta sedikit pertolongan daripada KPM untuk menyambung pelajaran seterusnya menjadi guru tetap.

Pelbagai pertelagahan, kata mengata, salah-menyalahi dan sebagainya antara GSTT dan ISMP dapat saya baca melalui media sosial facebook dan ruangan facebook KPM. Kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri, padahal matlamat kita sama, iaitu untuk menjadi seorang guru. Adakah sikap seperti ini anda mahu dicontohi oleh pelajar-pelajar anda disekolah nanti. Jangan cepat melatah dan melenting hanya kerana ingin merebut gelaran guru. Kita harus bersatu, walaupun kita berlainan aliran.

Jadi kepada semua GSTT diluar sana yang telah melakukan proses semakan dokumen pada bulan oktober lalu, keputusan akan dikeluarkan pada 19 Dis 2011 (Isnin) ini. Sila semak portal KPM untuk maklumat lanjut.

Kepada semua pembaca samada GSTT, ISMP, orang ramai, mohon maaf jika ada berlaku kekasaran dan ketelanjuran kata semasa saya menulis ruangan ini. Saya sekadar berkongsi pendapat, jika salah, sila betulkan kenyataan saya. Ingat, rezeki kita telah ditentukan oleh Allah SWT, jangan sesekali kita mempersoalkan rezeki orang lain, jika itu hak dan rezeki kita, kita akan dapat, dan jika itu bukan hak dan rezeki kita, itu bukan milik kita. Belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat yang telah kita terima.  Sekian dulu dari saya..

2 comments

eya.. uda ttulis rezeki msg2..dun ribut2.. ada pluang .. insyaAllah.. semua akn merasa.. hope GSTT mahupn ISMP trima semua keputusan yg tlh dberi oleh KPM.. dgn syukur.. nnti jumpa gak kt skola sama2.. so dun melatah x tentu hala.. doa yg terbaek utk semua.. PEACE!

penjelasan yang sangat jelas dan nyata.