Wednesday, December 7, 2011

AIDS, apa perasaan anda?

Tags

Hye guys,
Skrg ni baru abis kije skit, so luangkan masa sedikit untuk menulis blog. Ni cerita pasal semalam, kan TV3 semalam ada rancangan 360, so aku bosan2 aku pon tengok le... tajuk malam tadi adalah berkaitan dengan AIDS terhadap kanak-kanak. so aku tengok pon dah tengah2 kot, so aku xdapat nk tengok semua.

Serba sedikit semalam, dia citekan pasal kanak-kanak yang menghidapi AIDS ni kat umah pengasih ke ape..aku lupe plak, so dia tunjukkan budak-budak tu menjalani kehidupan seharian bersama kawan-kawan yang senasib dengan mereka. dan yang paling bagus aku rasa, ada juga sukarelawan yang sanggup meluangkan masa menggembirakan hati kanak-kanak tersebut. Memang aku rasa golongan sukarelawan ini berjiwa penyayang, bagi aku bukan semua masayarakat malaysia ni dapat menerima kanak-kanak ni. Mungkin akan wujud persepsi bahawa kanak-kanak ni tidak selamat untuk didekati, apalagi untuk disayangi. Tapi bagi semua sukarelawan tersebut, semua stigma itu dapat ditepis untuk mencurahkan bakti terhadap kanak-kanak tersebut, syabas aku ucapkan kepada semua sukarelawan tersebut.

Kenapa kita tidak dapat menerima kanak-kanak AIDS ni, adakah kita takot dijangkiti AIDS macam mereka, tidak cukupkah ilmu dan pengetahuan yang kita tahun tentang AIDS dan cara-cara AIDS merebak. Namun, persepsi yang agak kurang baik terus kita lontarkan kepada kanak-kanak tersebut, hanya kerana mereka ada AIDS. Tapi persoalannya, adakah kanak-kanak tersebut yang bersalah dalam soal ini?, atau siapakah harus kita salahkan? Tepuk dada, tanya selera. Jadi, dibawah saya sertakan sedikit bahan bacaan untuk anda semua baca dan fahami apa itu AIDS. silakan membaca yer..

Apa itu HIV?
sumber dari sini
HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.
HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda-tanda ?
Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan system imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti :
  • Pembengkakan pada nodus limfa, hati atau limpa
  • Ruam pada kulit
  • Serawan Mulut(tompok-tompok putih dalam mulut)
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit
  • Pertumbuhan terbantut
Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser
Apakah komplikasinya?
HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan system imunisasi badan secara berterusan, hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser .
Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?
Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit
Adakah ia dapat dicegah?
Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :
  • Elakkan berkogsi jarum suntikan
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
    • Elakkan berbilang pasangan
    • Gunakan Kondom
Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.
Adakah terdapat kumpulan sokongan ?
Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council.


KESAN AIDS TERHADAP KANAK-KANAK

sumber dari sini
AIDS kini membawa ancaman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya kepada kanak-kanak. 



Di seluruh dunia, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun mewakili 1 daripada 6 kematian yang berkaitan dengan AIDS dan 1 daripada 7 jangkitan-jangkitan HIV yang baru. 

Seorang kanak-kanak di bawah umur 15 meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan AIDS setiap minit setiap hari, seorang anak muda berumur di antara 15–24 tahun mendapat jangkitan HIV setiap 15 saat manakala 15 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia telah menjadi anak yatim disebabkan oleh AIDS.

Di Malaysia, jangkitan-jangkitan HIV yang baru kini berganda dua kali setiap tiga tahun dengan purata 17 orang diuji HIV positif setiap hari. Daripada 74,000 orang yang telah dijangkiti di Malaysia, lebih kurang empat puluh peratus (40) daripada mereka adalah yang berumur kurang daripada 29 tahun. Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak juga telah meningkat daripada 0.2% pada tahun 1991 kepada 1.2% pada tahun 2005.

KESAN-KESAN:

TEKANAN PSIKOSOSIAL 
Penyakit dan kematian kedua ibubapa telah menyebabkan tekanan psikososial yang dahsyat– yang menjadi lebih teruk disebabkan oleh stigma dan rasa malu yang berkait dengan HIV/AIDS. 

KESUKARAN EKONOMI
Dengan kedua ibubapa tidak dapat bekerja, dan simpanan yang ada terpaksa dihabiskan untuk penjagaan, kanak-kanak mungkin terpaksa mengambil-alih tanggungjawab orang dewasa seperti menjaga ahli keluarga yang sakit dan juga mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga. 

PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN
Tekanan untuk mencari pendapatan dan menjaga kedua ibubapa dan adik-beradik yang lain boleh membawa kepada kanak-kanak ini tidak dapat selalu menghadirkan diri ke sekolah atau terpaksa berhenti daripada sekolah. Tekanan untuk meninggalkan sekolah semakin menjadi sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa meninggal dunia. 

KEKURANGAN NUTRISI DAN PENYAKIT
Kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang yatim piatu mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat kekurangan nutrisi atau jatuh sakit dan kurang mendapat penjagaan sekiranya mereka memerlukannya. Kemiskinan merupakan faktor penyebab utama, tetapi pembiaran dan diskriminasi oleh orang-orang dewasa di mana penjagaan kanak-kanak ini telah diberikan juga merupakan faktor-faktor utama yang lain.  

KEHILANGAN HARTA WARISAN
Kanak-kanak yatim piatu ini juga selalnuya ditipu daripada harta warisan mereka.  

KETAKUTAN DAN PEMISAHAN
Kanak-kanak yang telah dipisahkan mungkin dipaksa ke tempat-tempat yang tidak dikenali dan tidak selamat. 

MENINGKATNYA RISIKO TERHADAP JANGKITAN HIV
Miskin dan tanpa kedua ibubapa untuk mendidik dan melindungi mereka, kanak-kanak yatim piatu dan kanak-kanak yang HIV/AIDS telah memberi kesan kepada kehidupan mereka terpaksa menghadapi penderaan dan risiko, termasuklah kemungkinan jangkitan HIV. Ramai yang telah dipaksa untuk melakukan kerja yang merbahaya – termasuklah menggantikan duit dengan seks; makanan; perlindungan; dan juga tempat berlindung.

2 comments

betul tu.. diaorg x mintapun lahir dgn HIV. kalau semua orang prihatin dgn nasib diaorg.. mesti diaorg xkan rasa tersisih. huhuhu.. i wish.. xkan ada lg bayi yg lahir dgn HIV ini..

tu le pasal..bukan salah kanak-kanak ni..tp diorang yang di diskriminasikan..kesian..